Tuesday 16 May 2017

Bagus tak foundation okaya

Lately entah kenapa i suka sangat tukar-tukar foundation. Mungkin selagi belum jumpa foundation yang betul betul best and sesuai dengan kulit, selagi tu la i asyik try and error. 

Baru-baru dekat Facebook, mua bellaz jadi viral. siap masuk surat khabar lagi! i pun di antara viewer yang selalu tengok dia punya live make up tutorial. kalau uols perasan la kan, sis Bellaz ni selalu guna foundation okaya. 

disebabkan terpengaruh dengan kejelitaan mua Bellaz, skin dia serius feloles gila! i pun berhasrat nak cuba okaya ni. kebetulan foundation i pun tinggal sikit je lagi... i beli dekat insta, harga Rm 79 inc pos. Punya excited i tunggu. taksabar nak cuba foundation baru! i beli hari isnin, tengok-tengok esok tu posmen dah hon depan rumah. 

maka dengan rakusnya, i koyak parcel tu. taksabar nak tengok isinya. kotak comel gila, warna light blue+pink 
then, foundation ni serius wangi gila! 

tapi pendapat i, i lebih suka foundation supra kryolan sebab supra lebih membantu untuk menutup parut-parut dekat kulit i. lagipun okaya ni ada satu warna je. lebih sesuai untuk orang berkulit cerah.. bila i pakai, muka i tak nampak natural pun. iols ni kulit melayu je di tambah pula dengan kesan-kesan sunburn sebab suka berjemur tengah panas.

haa lagi, sebelum apply okaya, make sure uols dah pakai pelembab, sebab mua bellaz tu pun selalu blend okaya dengan argan oil. i pernah cuba pakai foundation ni tanpa pakai pelembab, tak tahu la nak cakap macam mana kesannya 😛 so, agak tak sesuai dengan orang yang pemalas macam i. lagipun mungkin tak sesuai sebab skin i memang jenis kering. so, bukan salah this foundation ya. kulit i yang mengada. please take note! 

itu saja review untuk foundation ni... 
selamat mencuba





Sunday 14 May 2017

Masalah slipped disc (part 1)

Seingat i, i ada rasa sakit-sakit bahagian lower back sejak dari lepas SPM. sebelum masuk kolej lagi. Rasa tak selesa dekat bahagian tulang belakang, lenguh, berdenyut, langsung tak selesa. Masa ni tak tahu lagi pasal slipped disc. cuma ingat lenguh-lenguh biasa jela, sebab salah tidur @ terlebih tidur (budak baru habis sekolah la katakan) 

Bila lenguh je minta tolong mama urutkan. memang rasa lega. tapi sekejap je. lepastu rasa sakit lagi.. aampai mama pun dah tak larat asyik nak kena urut. Then one day tu masa jalan-jalan dekat mall. perda city mall (sekarang mall tu dah takde) terjumpa satu pusat rawatan Islam, then i pergi urut dekat situ. masa mula-mula dia pegang bahagian belakang badan, dia tanya pernah jatuh ke? sebab tulang i lain macam sikit.. memang i pernah jatuh masa sekolah rendah dulu. jatuh kereta, terguling-guling dekat jalan berbukit uolss! jauh jugak tu.. salah i sebab tak tutup pintu rapat. hmm.. budak lagi,  mana la nak tau apa.

tukang urut tu suggest untuk buat bekam. dia cerita la serba sikit tentang manfaat bekam sunah. sebab i belum pernah berbekam lagi sebelum tu.. atlast i pun setuju nak cuba rawatan bekam. dah tak ingat berapa cup, tapi masa part belakang badan tu, takde darah keluar pun. cuma wap2 camtu je. Lepastu buat bahagian kaki pulak... part ni banyak gila darah keluar !! sampai kena ulang 8kali, dekat tempat sama.. that time i cuma fikir habisla darah aku 😭 padahal dia cuma keluarkan darah kotor je.. drama sangat i masa tu. haha.. first time katakan..

Pengalaman bekam, not bad la. tak sakit pun. mula-mula dia guna pen jarum untuk cucuk dekat kulit, kalau tak, camne darah nak keluar.. serius tak sakit. i tak sedar pun bila masa kena cucuk tu.. tengok2 dah pam cup tu dekat badan.. pastu cup tu dia sedut bahagian kulit, jadi tegang la kan. if area tu bermasalah, baru darah keluar, ada la rasa berdenyut sikit. kalau elok, darah tak keluar pun. jangan risau 😊
Lepas buat bekam dan berurut tu, tulang belakang i masih rasa sakit. kesakitan tu berlarutan sampai la i dah masuk kolej pun. masa ni tersangat seksa.. i memang tak boleh fokus dalam kelas. sejam pertama je i boleh tahan. lepastu mula la i terpusing kiri kanan.. classmate i Biha, bila dia nampak je i dah duduk tak diam, dia tolong urut lembut dekat belakang i tu.. rasa la lega sikit. lepastu macam biasa sakit tu datang balik.. mula dari situ la i belajar letupkan tulang, sampai jadi habit bunyikan tulang krukkk krukkk tu. bila dah letup, baru rasa lega.. buat sementara waktu je. pastu ulang lagi step yang sama... sampai la sekarang tabiat tu tak boleh dihilangkan. 

still, i ingat tu sakit lenguh biasa-biasa je... sampai la sem 2 i rapat dengan budak nursing. roomate i masa tu, Fazlina. dia pun selalu tolong i urut badan. sedap gila weh dia urut. habis rasa letih-letih badan. rasa fresh je lepas dia urut tu.. bertuah siapa jadi husband dia nanti 😆
oh ya, masa dia urut i tu, dia pun ada tegur tulang i rasa semacam. tak macam tulang orang lain.. aku ni alien ke apa? dah tak sama macam orang lain 😱 dia kan nursing, so dah biasa la dengan badan-badan orang. tapi dia takde pulak sebut pasal slipped disc or masalah tulang.. tu yang i tak terfikir langsung tu.. 

Dah masuk sem 4, barula i pergi jumpa doktor yang bertauliah.. doktor tu suggest buat MRI. tu i kena pergi hospital, sebab klinik dia mana ada benda macam tu.. doktor tu bagi i krim sapu.. dia suruh sapu dekat tempat sakit. memang hilang ngilu-ngilu tu semua. krim tu macam ubat kebas la rasanye.. tak lama lepastu rasa sakit balik macam biasa.

sepanjang i kat kolej, kawan-kawan i la yang selalu jadi mangsa, tapi bersyukur sangat sebab dorang memahami. kalau tak, memamg terseksa la jiwa raga i. serius tak tipu. sakit gila. bercampur pulak dengan senggugut, mak aiii... memang tak pergi kelas la jawabnya. sampai lecturer pun dah faham. 

tapi Alhamdulillah la, walaupun sakit, tak fokus dalam kelas, results i setiap sem masih ok.. dapat jugak bawak balik sijil dekan tunjuk kat mama abah. hee.. 

so, kepada yang sihat sejahtera tu, takde alasan untuk korang skip kelas, fokus dalam kelas and dapatkan pointer gempak-gempak.!

Friday 12 May 2017

Diari : salahkah jadi perempuan independent?

aku memang seorang gadis yang suka berdikari. aku memang tak berapa suka nak susahkan orang lain untuk bantu aku dalam hal remeh-temeh. kalau melibatkan hal berat, memang lah aku akan minta tolong. Berdikari dekat sini bukanlah bermaksud aku langsung tak perlukan orang lain dalam hidup aku.
 
Pada aku, berdikari ni more kepada benda yang baik. contohnya, berdikari untuk drive seorang diri ke mana sahaja destinasi, berjalan seorang diri di tempat public, mampu untuk menyiapkan tugasan sendiri, and so on.
 
Nampak simple kan, tapi sebenarnya ramai perempuan dekat luar sana tak mampu untuk melakukan perkara-perkara dengan sendiri. bukan semua perempuan mampu memandu kereta walaupun hanya ke kedai runcit yang jarak hanya 1km dari rumah. masa zaman I study pun, ada je classmate yang kena pergi ke kelas berteman, tak boleh pergi sorang-sorang even dah terlambat nak ke kelas sekalipun. tu belum masuk lagi bab beli makanan pun nak kena berteman sampai tiga empat orang.
 
macam pengalaman roommate aku sendiri, dia kemana-mana pun mesti sepupu dia akan ikut. bukan roommate aku tu yang tak boleh berdikari, masalah sepupu dia tu, yang apa pun mesti kena buat sama-sama. basuh baju sama-sama, buat asigment sama-sama. sampai tahap, kalau si roommate aku ni tak bergerak, sepupu dia tu pun tak bergerak la kisahnya.. tu belum masuk bab buat kerja. semua benda nak kena disuruh. kena bagitahu detail, barula dia buat.. hmm..
 
Bukan tu saja, ada juga jenis perempuan yang kena sentiasa berkepit dengan lelaki. potong kuku pun si lelaki yang kena potongkan. huuu!! sweet sangat.
 
actually I masa zaman sekolah dulu pun jenis yang sentiasa harapkan orang. sampaikan kerja sekolah seni pun I mintak tolong kakak I buat. nak bercakap dengan cashier bookstore pun I malu.. tapi tu semua dulu. bila dah masuk ipt, duduk jauh dengan family, I dah pandai berdikari sendiri.. mana tak Nye, I kena balik sorang-sorang dari Melaka ke penang! sejak dari tu la I mula keluar daripada kepompong kebergantungan hidup dekat orang.
 
zaman kolej I tak macam gegadis lain, yang bila lapar sentiasa ada boyfriend belikan makanan. bila sakit je boyfriend belikan ubat, outing je mesti bf ambil, tunggu depan pagar. seriously I langsung tak ada pengalaman benda tu semua. itu yang buatkan I lebih tabah hidup di perantauan seorang diri kot.
 
ada je suara-suara sumbang yang Tanya, but I think it more to perli, sebab memang dari awal dia cuba nak ganti tempat bf I, so dekat sini he use this point to show that he better than mybf tu..
 
"bf u tak hantar makanan?u gastrik kan.kalau I jadi bf u, sekarang jugak I pergi sana pastikan u makan"
 
macam annoying. kalau kau rasa kau bagus, kenapa tak buat je? ni setakat sembang je lebih. semua orang pun boleh~ **ngomelku dalam hati
 
sampai la sekarang, I dah habis study, dah kerja dan ada la buat bisnes kecik-kecik.. and then, entah dating dari planet mana, ada mamat ni cakap
 
"u tak letih ke buat semua benda sorang diri? u kena belajar buat benda bersama-sama, kita buat sama-sama"
 
dia ada la offer untuk terlibat dalam bisnes I, katanya kalau buat sama-sama lagi cepat mendatangkan hasil. macam-macam juga yang dia suggest untuk berkolaberasi bersama. and guess what, satu pun tak pernah Nampak usahanya. macambiasa, setakat cakap je tak guna beb! words without actions is nothing to me.
 
persoalannye kan, kenapa tiba-tiba je muncul nak tolong masa bisnes I tengah stabil. kenapa tak dari mula? setelah bersusah payah dengan usaha sendiri, tiba-tiba baru muncul orang nak ajak lakukan kerja secara bersama-sama dengan alasan bukan semua benda boleh buat sorang diri. wth??
 
I boleh terima if he offer me untuk new project, new business. yes, memang I akan berminat. ni tetiba nak masuk campur dalam urusan yang setelah sekian lama I usaha sendiri? come on la!
 
tak ada istilah risaukan I jadi femenisme bagai tu. disebalik I, ada lelaki-lelaki yang membantu, yang bagi sokongan, bagi semangat. cuma lelaki tu bukan you je kot, sorry! =p
 
 
 
 

Thursday 11 May 2017

Cara turunkan berat badan dalam masa seminggu

Hello :)
 
 
Kali ni I nak berkongsi tips untuk kekal kurus. Almaklumlah raya pun dah dekat, mesti la nak Nampak selimm melimm masa raya nanti kan!
 
Honestly, I tak berapa minat body type yang kurus tahap keding. I lebih suka yang sedang-sedang just nice gittuw. sebenarnya, kurus atau gemuk bukan jadi masalah pun. both ada kebaikan dan kekurangan. yang paling penting ialah kesihatan. asalkan badan sihat, kuat dan cergas, itu dah memadai!
 
Apa guna kalau badan ramping macam kerengga, tapi ada sakit buah pinggang. kenapa I kaitkan dengan sakit buah pinggang? jangan kata tak tahu, ramai remaja sekarang ni yang terlalu taksub untuk kurus sehingga sanggup telan berbotol-botol pil kurus. Lebih teruk lagi, badan tak kurus-kurus, tapi buah pinggang yang merana wei!
 
Makanya, I nak shares sikit tips macam mana  nak kekal kurus dan sihat. So far kawan-kawan I pun dah cuba, dan mereka dah Berjaya kurus. yeay!!
 
Pernah dengar tak diet atkins? korang boleh join group atkins dekat Facebook. dekat situ boleh dapat banyak info berguna, testimony dan resipi-resipi menu diet.
 
untuk yang first time dengar tentang diet ni mesti korang tertanya-Tanya apa sebenarnya diet atkin ni? berkesan ke? tak bahaya?
 
Biasanya kalau sebut je pasal diet, mesti akan ada suara sumbang cakap "tak payah la diet. makan je apa kau nak makan." "bahaya la diet ni. pengsan karang.. makan jela weh."
 
ini yang sebenarnya ramai salah faham. asal sebut diet je,mesti orang akan fikir pasal tak makan, makan sikit. salah tu.. Nak kurus pun jangan la sampai tak makan. hilang nikmat hidup dunia! ish3
 
Ingat lagi tak masa sekolah dulu ada belajar pasal pyramid makanan? dah lupa?? takpe, tengok gambar di bawah okey?!
 
Image result for piramid makanan
 
secara umumnya, tubuh kita memerlukan lebih banyak karbohidrat daripada kumpulan-kumpulan makanan yang lain. Karbohidrat ni makanan seperti nasi, bijirin,gandum, roti. bila makan kan korang akan rasa kenyang kan? memang fungsi karbo ni untuk memberikan tenaga untuk tubuh badan kita.
 
Tetapi, untuk pengamal atkins, mereka mengurangkan karbohidrat dalam diet harian mereka. untuk fasa pertama, karbohidrat adalah tidak dibenarkan sama sekali! say no to nasi!
 
"Habistu macam mana kalau tak makan? matilanakk"
 
sabar..sabar.. bukannya tak boleh makan. belum habis cerita lagi. pengamal diet atkins melebihkan protein dalam diet. maksudnya, korang boleh la makan ayam, daging, telur, sayur bayam, dan sebagainya.. cop!!cop!! bukan main bedal semua jenis masakan ye... ayam masak merah, ayam kicap, kari ayam TAK BOLEH!!
 
yes, tak boleh ye sayang. uols tak dibenarkan makan benda-benda manis, kekacang, kicap, air gas, kafein pun tak boleh. Harap maklum..
 
Nak sihat kan? jadinya, time ni la korang boleh praktik amalan hidup sihat. kurang minyak, garam, kan semua tu banyak kolestrol, garam pula boleh menyebabkan darah tinggi, gula penyebab kencing manis.
 
macam I cakap tadi, dekat group fb, korang boleh dapat macam-macam info termasuk resipi! banyak gila resipi menarik dan sedap. antaranya, bunga kubis masak ala-ala nasi goreng, sup ayam, telur dadar, ayam grill, banyak lagi lah yang divariasikan. serius menarik! yang tak diet pun,konfem terliur jugak tengok.
 
 Jangan risaulah, korang tak kan mati kebuluran.. no worries, be happy, lests kurus, lets cantik before raya! yeayy!!
 
yang paling penting, kena disiplin. jangan mulut je cakap nak cantik, tapi korang melantak tak ingat dunia.. huhu.. kalau nak kan sesuatu, mesilah usaha kan!
 
sebelum terlupa, bukan setakat jaga makan je tau. uols kena la rajin bersenam, workout. bukan terbongkang kuak lentang atas katil.. bukan ye anak-anak..
 
setiap hari, kalau rasa malas nak berjoging, malas buat outdoor activity, korang boleh buat lompat bintang dekat dalam bilik. plank, sit up, push up, lompat sikatak lompat pun boleh.. buat la apa pun yang korang nak, asalkan tak membahayakan diri anda dan orang sekeliling.
 
Good luck uols!! mmuah!
 

bajet-bajet macam ratu kebaya. kononnya lah
 
 

Monday 8 May 2017

Barang makeup Daiso & Mr Diy

Hai :)

Korang pernah tak pergi Daiso or membeli-belah dekat sana? Kebanyakan mall mesti ada Daiso, kedai yang serba serbi berwarna pink! Harga pun boleh tahan murah, semua item cuma berharga Rm 5.30 include gst! 

Banyak barang comel-comel dekat sana. Aksesori, barangan dapur, perkakas rumah, alat tulis, barang jahitan, mainan, hiasan rumah, dan barang make up! memang macam-macam ada. 

entry kali ni i nak cerita pasal barang makeup dekat Daiso, best ke? bagus ke? tak takut pakai barang murah??? 

ni sis nak habaq mai. Disebabkan i pun dah terjebak pakai barang-barang dekat Daiso ni. Itu pun lepas tengok review dekat youtube. so, why not i pun cuba. 

Bila dah cuba tu, terjatuh centa la pulak. bukan setakat murah, tapi best jugak tau! Actually kena pandai pilih jugak.. ada barang yang betul-betul best, yang kurengg pun ada. tapi so far okay lah. 

Antara barang-barang make up Daiso yang i guna ;

pelentik bulu mata
maskara
gam bulu mata
eyeliner
blusher
stick foundation
span makeup (i xberapa minat) 
eyeshadow

kalau beli barang-barang ni semua dekat Sephora, lari jauh juga la budget kan! 

Selain tu, Barang makeup dekat Mr Diy pun boleh tahan menarik. Harga setiap item berbeza, tak macam Daiso. Biasanya dekat Mr Diy ni i beli fake eyelashes . serius best. harga dalam Rm8.90 
Aksesori dekat situ pun cantik-cantik. masa birthday party i yang lepas, segala jenis crown, bunga, belon memang i beli dekat sana je. Harga still mampu milik kalau nak dibandingkan kedai party yang lain. 

Thursday 4 May 2017

The very first entry

Assalamualaikum.. hi.. :)
 
Semakin umur bertambah ni kan, rasa macam dah kekurangan kawan. Well, lepas habis study je masing-masing dah jauh, ada yang dah kahwin, dah tunang, sibuk dengan kerja lagi, dah kurang masa dengan kawan-kawan. Jadinya, I yang masih single mingle ni dah hilang hala tuju (sadisnyee laa)
 
maka dengan itu, terhasil lah blog ni! yeah.. atleast ada tempat untuk kita bebel-bebel luahkan isi hati. eceh! just for fun je... blog peribadi.. ibarat diary gittuw.. nak menulis diary hakak macam malas je nak kena ambil pen buku bagai.. gunakan jela teknologi yang ada. kan senang haa...
 
Senang cerita, macam ala-ala syok sendiri lah.. hehe.. sendiri tulis, sendiri baca. kot2 boleh jadi bahan kenangan bila dah tua nanti.. ye dok???
 
okay.. cukup untuk mukadimah.. tata..
 
xoxo
 
 

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...