Monday 14 May 2018

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss..

Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, saya dah survey terlebih dahulu kelebihan antara Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Seperti biasa, percutian kali ini pun hanya saya berdua dengan Yasmin, iaitu the one and only kawan baik yang saya ada.

Percutian kali ni tak dirancang lama, sambil-sambil shopping di AEON Mall, tiba-tiba je timbul idea untuk ke pulau. masa tu juga kami berdua cari pakej-pakej mengikut bajet di laman Facebook secara random!

Kami tertarik dengan Pakej yang ditawarkan oleh Agensi Kuala Besut Travel yang berharga RM270/pax untuk 2 hari 1 malam. Antara yang ditawarkan ialah,

  • Bot pergi dan balik dari Jetty Kuala Besut
  • Penginapan di Tropicana Inn
  • Island hopping & snorkeling 5 point - choral, nemo, turtle, shark point & lata air berani
  • Hiking Kincir Angin

*make sure selalu update dengan agent, minta dan Tanya semua details untuk elak sebarang kesulitan

Memang dari dulu lagi kami berdua kalau travel jauh-jauh suka naik bas. senang kan, boleh rehat. Jadinya, kami bertolak dari stesen bas Kulim pada jam 10.30 malam, Jumaat. Untuk yang bercadang menaiki bas, saya cadangkan anda rancang perjalanan sebaiknya. Kami tiba di stesen bas Kuala Besut pada jam 6.15 pagi. Jarak antara Jetty dan stesen bas takde la jauh mana, tapi berpeluh-peluh juga la kalau jalan kaki. jadinya, kami ambil grab. tak sampai 5 minit pun.

Kemudian, kami solat Subuh di Surau berhadapan Jetty Kuala Besut. selesai bersihkan diri, kami terus ke office Agensi Kuala Besut Travel untuk selesaikan bayaran. Jangan lupa untuk minta resit! Kesilapan kami waktu tu terus iyekan aje bila agent cakap "tak bagi resit lah ye" kebetulan saya memang kurang faham dialek Kelantan.

Sementara menunggu bot pada jam 9, kami singgah makan di warung-warung berhampiran. masa tu belum banyak yang buka. Menu pertama saya setibanya di Kuala Besut ialah Nasi Kerabu, harga nasi kerabu di situ agak mahal berbanding tempat lain dan rasanya tidaklah begitu wow. Kami berdua sempat membeli topi berharga RM 10.

Jam 9 Pagi, orang semakin ramai berkumpul di hadapan Jetty. kami perlu membayar RM5 untuk tiket untuk water marine. kami menaiki bot mengikut pakej-pakej yang diambil. Perjalan dari Jetty Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa kurang 30 minit (maaf saya tertidur)
 
Setibanya di Jetty Pulau Perhentian, masing-masing teruja dengan kecantikan air laut yang sungguh jernih, berwarna hijau, boleh Nampak ikan-ikan kecil berenang dalam air. Sungguh kagum melihat indahnya ciptaan Allah! Masuk je kawasan pulau, maaf tiada coverage untuk line Maxis. Pengguna Maxis boleh bercuti sepuas-puanya ye. Lupakan sebentar urusan kerja.
 
Bermulanya misi kami berdua mencari tempat berteduh. disebabkan banyak sangat chalet dekat kawasan tu, kami pun dah tergaru kepala mencari Tropicana Inn. Nasib baik ada group lelaki yang sama bot dengan kami sudi tunjukkan jalan. padahal diaorang pun tak tahu :p
 
Untuk ke Chalet, kami perlu menyelusuri lading getah. Jalannya agak menaik, boleh feeling hiking. dua tiga kali juga la kami berhenti sebelum sampai di chalet. tapi sebenarnya chalet kami terletak di kawasan yang agak strategic iaitu di tengah-tengah pulau. jadi, tak susah untuk kami ke Jetty dan Long Beach. walaupun pada mulanya masing-masing merungut tersalah pilih chalet! haha
 
Setibanya di kaunter receptionist, malangnya kami disambut dengan muka yang agak kelat. padahal jam baru saja menunjukkan jam 10 pagi. letih sangat ke? :p
Kami diminta untuk membayar wang deposit kunci. Bukan saya je yang terkejut, pelancong lain pun masing-masing dah terlopong mulut. "kena bayar apa pula ni? bukan dah settle dengan agensi?" Kami langsung tidak dimaklumkan oleh pihak agensi. ditambah pula receptionist muka kelat yang minta deposit semacam minta hutang! LOL
 
Saya cuba call agensi untuk Tanya berkaitan bayaran, dia pula Tanya,"deposit gapo?" mak aii.. menyirapnya rasa. dekat sini dah Nampak both agensi and pihak chalet tak connected, sepatutnya benda ni inform awal-awal supaya customer mudah check in. receptionis pun, instead buat muka kelat macam minta hutang, lebih baik explain slow talk with customer. bukan kami tak nak bayar.
 
Salah sorang staff I guess owner chalet (maybe) this old man yang buat I betul-betul menyirap. when he started tinggikan suara "Resit pun tak ada nak check in apa. kalau dah bayar ada resit!" omg! ni dah menguji tahap kesabaran saya. walhal dengan customer lain (1 family takde pun nak sound) mungkin tengok kami berdua perempuan, nak bully? no way man!
 
saya pun mula bersuara, "macam ni ke layan customer, memang servis macam ni?" sekali lagi dia naikkan suara. oh shit. this old man. sambil saya cuba call agensi banyak kali, tak berjawab. that old man masih membebel-bebel. cuba cakap dia tak bersalah. then I told him im not blame him. and its not my fault too! then he said, kalau macam tu tak apa. cehh Nampak sangat la tak nak orang salahkan dia. still im your customer deyy.. cakap elok-elok orang boleh faham.
 
Penat bertikam lidah. last-last agensi call saya, dan saya minta dia bercakap sendiri dengan receptionist. memang deposit tu tak termasuk dalam pakej. still, kenapa tak inform awal-awal? lepas dapat kunci, I said sorry. that old man masih ego. tak pandang I dah. so rude.
 
*Girls, yang nak bercuti tu, pertahankan je hak korang k.. selagi korang betul. jangan biar diri dibuli.
 
So far bilik semua ok, selesa. ada pilihan aircond atau kipas. kami ambil bilik dua katil berkipas. malam-malam sejuk oi! dan banyak nyamuk juga. sila bawa ubat nyamuk ya! cuma yang spoil tu receptionist si muka kelat.. servis out! masa check in je, masa check out everthing okay, staff dia explain apa yang jadi and im not the only one yang complain! see.. saya marah bersebab. bukan membabi buta.
 
Still, bilik semua okay, mungkin kena deal betul-betul dengan agensi. barulah tak timbul masalah macam ni. agensi pun please alert dan bertanggungjawab. update dengan pihak penginapan.
 
 
Bersambung 
 
 
 
 
 

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...