Tuesday 16 May 2017

Bagus tak foundation okaya

Lately entah kenapa i suka sangat tukar-tukar foundation. Mungkin selagi belum jumpa foundation yang betul betul best and sesuai dengan kulit, selagi tu la i asyik try and error. 

Baru-baru dekat Facebook, mua bellaz jadi viral. siap masuk surat khabar lagi! i pun di antara viewer yang selalu tengok dia punya live make up tutorial. kalau uols perasan la kan, sis Bellaz ni selalu guna foundation okaya. 

disebabkan terpengaruh dengan kejelitaan mua Bellaz, skin dia serius feloles gila! i pun berhasrat nak cuba okaya ni. kebetulan foundation i pun tinggal sikit je lagi... i beli dekat insta, harga Rm 79 inc pos. Punya excited i tunggu. taksabar nak cuba foundation baru! i beli hari isnin, tengok-tengok esok tu posmen dah hon depan rumah. 

maka dengan rakusnya, i koyak parcel tu. taksabar nak tengok isinya. kotak comel gila, warna light blue+pink 
then, foundation ni serius wangi gila! 

tapi pendapat i, i lebih suka foundation supra kryolan sebab supra lebih membantu untuk menutup parut-parut dekat kulit i. lagipun okaya ni ada satu warna je. lebih sesuai untuk orang berkulit cerah.. bila i pakai, muka i tak nampak natural pun. iols ni kulit melayu je di tambah pula dengan kesan-kesan sunburn sebab suka berjemur tengah panas.

haa lagi, sebelum apply okaya, make sure uols dah pakai pelembab, sebab mua bellaz tu pun selalu blend okaya dengan argan oil. i pernah cuba pakai foundation ni tanpa pakai pelembab, tak tahu la nak cakap macam mana kesannya 😛 so, agak tak sesuai dengan orang yang pemalas macam i. lagipun mungkin tak sesuai sebab skin i memang jenis kering. so, bukan salah this foundation ya. kulit i yang mengada. please take note! 

itu saja review untuk foundation ni... 
selamat mencuba





No comments:

Post a Comment

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...