Wednesday 10 January 2018

Derma darah boleh gemuk

Korang pernah derma darah tak? atau pernah tak rasa teringin nak derma darah? Biasanya kempen derma darah diadakan di Universiti, Mall, Jabatan kerajaan yang tumpuan umum, tempat-tempat kerja, dan ofcoz la dekat hospital 😃
 
Dulu masa zaman belajar, tiga kali cuba nak derma darah. tapi tak dapat. Bukan semua orang tau dapat merasai peluang derma darah ni. sebelum nak derma tu, dorang akan check kesihatan, timbang berat, check darah cukup ke tak, pastu kena isi borang(ni step pertama) yang boleh tahan banyak soalan dia.
 
memula kan isi borang, dalam tu dia Tanya tujuan korang derma darah, ada sakit apa-apa tak, ada consume ubat tak dalam masa terdekat, ada bertukar-tukar pasangan atau tak dan banyak lagi... sampai I pun tak ingat dah.
 
Lepas dah isi borang tu, korang akan disuruh untuk timbang berat. berat minimum 45Kg, disebabkan sebelum ni I direject untuk derma darah, dalam masa seminggu, memang I makan banyak-banyak. haha.. see, betul la kan, derma darah badan naik!
 
Ok, dah pass timbang berat, lepastu kena check darah. dorang akan cucuk jari korang guna jarum yang macam pen tu. since ni first time I ambil darah, ni part paling nervous dan sakit! serius sakit weh. tak tipu. more kepada terkejut gitu. huishh.. (jangan uols cancel pulak niat nak derma darah) sakit biasa-biasa je.. I yang manja sangat kot. tapi memang sakit..
 
Encik tu cakap darah I semua cantik, platlet semua ok. Oh i darah O+ katanya memang elok untuk derma. Dah pass bahagian tu, kena check tekanan darah, masa mula-mula tu darah I rendah. padahal baru je lepas berlari-lari dipersisiran pantai.  masa tu i dah macam patah hati.. yela, beria tambah berat semata-mata derma darah ni. kali kedua, tekanan darah i okay, lepastu akak tu Tanya-Tanya soalan dalam borang tu. semuanya i jawab dengan konfiden. sampai la part soalan pasal hubungan *** i jadi krikkk-krikkk..
 
"Ada bertukar-tukar pasangan tak?" -err.. err.. belum kahwin lagi kak.
"Pasangan adik ada melakukan hubungan dengan orang lain tak" -err..err.. tak pasti. tak kot. entah
 
speechless i tau, tak tau nak jawab apa. adoii..
 
lepastu dah settle semua tu, korang akan dapat sijil derma darah. bukan sijil macam transkrip diploma tu tau.. sijil kelahiran pun bukan. ala, dia macam buku kecik, dalam tu akan ada cop setiap kali korang derma darah. history korang derma darah macam tu la.. itu yang menentukan untuk korang dapat ganjarannya  nanti. Kena simpan elok-elok tau.
 
 
Makanya, bermulalah sesi derma darah! korang akan diminta untuk baring dekat kerusi yang disediakan, siap selimut lagi tau. ohya, sebelum derma darah, pastikan makan terlebih dahulu, tidur kena cukup, dan sihat.
 
Nurse akan Tanya korang nak kena cucuk tangan kiri ke kanan, i prefer kiri, sebabi banyak guna tangan kanan. lepas nurse jumpa urat, jarum pun dimasukkan, tak sakit pun. biasa-biasa je.. Sepanjang nak tunggu darah penuh, korang akan diberikan satu bola bentuk hati, kena pusing slowly benda tu untuk bagi darah berjalan lancer. Disebabkan darah i pekat, nurse kena tolong pegang bag darah tu.. sampai siap. Lepas dah habis tu, korang kena rehat dulu dekat kerusi tu. tak boleh bangun terus tau.. nurse cakap takut pengsan/pitam tambah-tambah yang baru pertama kali menderma.
 
Dah habis tu, korang akan dapat goodies bag. dalam tu ada makanan, air, cenderamata, depends la apa yang dorang nak bagi..
 
sambil derma tu, i Tanya nurse, betul ke derma darah ni boleh gemuk?
 
jawapan : sebenarnya derma darah ni membakar kalori. boleh kurus! tapi, lepas derma darah, kita akan rasa lapar. dahtu, tak kawal makan, itu yang berat naik. bergantung pada diri sendiri je sebenarnya.
 
antara kelebihan derma darah
 
 
1- Dapat check kesihatan secara percuma
2- membakar kalori
3- kurangkan risiko sakit jantung
4- kurangkan risiko kanser
5- tukar darah yang lama dengan darah yang baru
6- peredaran darah lebih lancer
7- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan dan wad kelas 2 dan 1 di hospital kerajaan *syarat-syarat ada di sijil derma darah*
8- Beroleh ganjaran pahala, Insyaallah
 
Kesimpulannya, Jom derma darah! dengan usaha kecil ni, mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain, kecil bagi kita, tapi besar nilainya untuk si penerima :)
 


Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...