Monday 8 May 2017

Barang makeup Daiso & Mr Diy

Hai :)

Korang pernah tak pergi Daiso or membeli-belah dekat sana? Kebanyakan mall mesti ada Daiso, kedai yang serba serbi berwarna pink! Harga pun boleh tahan murah, semua item cuma berharga Rm 5.30 include gst! 

Banyak barang comel-comel dekat sana. Aksesori, barangan dapur, perkakas rumah, alat tulis, barang jahitan, mainan, hiasan rumah, dan barang make up! memang macam-macam ada. 

entry kali ni i nak cerita pasal barang makeup dekat Daiso, best ke? bagus ke? tak takut pakai barang murah??? 

ni sis nak habaq mai. Disebabkan i pun dah terjebak pakai barang-barang dekat Daiso ni. Itu pun lepas tengok review dekat youtube. so, why not i pun cuba. 

Bila dah cuba tu, terjatuh centa la pulak. bukan setakat murah, tapi best jugak tau! Actually kena pandai pilih jugak.. ada barang yang betul-betul best, yang kurengg pun ada. tapi so far okay lah. 

Antara barang-barang make up Daiso yang i guna ;

pelentik bulu mata
maskara
gam bulu mata
eyeliner
blusher
stick foundation
span makeup (i xberapa minat) 
eyeshadow

kalau beli barang-barang ni semua dekat Sephora, lari jauh juga la budget kan! 

Selain tu, Barang makeup dekat Mr Diy pun boleh tahan menarik. Harga setiap item berbeza, tak macam Daiso. Biasanya dekat Mr Diy ni i beli fake eyelashes . serius best. harga dalam Rm8.90 
Aksesori dekat situ pun cantik-cantik. masa birthday party i yang lepas, segala jenis crown, bunga, belon memang i beli dekat sana je. Harga still mampu milik kalau nak dibandingkan kedai party yang lain. 

No comments:

Post a Comment

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...