Thursday 11 May 2017

Cara turunkan berat badan dalam masa seminggu

Hello :)
 
 
Kali ni I nak berkongsi tips untuk kekal kurus. Almaklumlah raya pun dah dekat, mesti la nak Nampak selimm melimm masa raya nanti kan!
 
Honestly, I tak berapa minat body type yang kurus tahap keding. I lebih suka yang sedang-sedang just nice gittuw. sebenarnya, kurus atau gemuk bukan jadi masalah pun. both ada kebaikan dan kekurangan. yang paling penting ialah kesihatan. asalkan badan sihat, kuat dan cergas, itu dah memadai!
 
Apa guna kalau badan ramping macam kerengga, tapi ada sakit buah pinggang. kenapa I kaitkan dengan sakit buah pinggang? jangan kata tak tahu, ramai remaja sekarang ni yang terlalu taksub untuk kurus sehingga sanggup telan berbotol-botol pil kurus. Lebih teruk lagi, badan tak kurus-kurus, tapi buah pinggang yang merana wei!
 
Makanya, I nak shares sikit tips macam mana  nak kekal kurus dan sihat. So far kawan-kawan I pun dah cuba, dan mereka dah Berjaya kurus. yeay!!
 
Pernah dengar tak diet atkins? korang boleh join group atkins dekat Facebook. dekat situ boleh dapat banyak info berguna, testimony dan resipi-resipi menu diet.
 
untuk yang first time dengar tentang diet ni mesti korang tertanya-Tanya apa sebenarnya diet atkin ni? berkesan ke? tak bahaya?
 
Biasanya kalau sebut je pasal diet, mesti akan ada suara sumbang cakap "tak payah la diet. makan je apa kau nak makan." "bahaya la diet ni. pengsan karang.. makan jela weh."
 
ini yang sebenarnya ramai salah faham. asal sebut diet je,mesti orang akan fikir pasal tak makan, makan sikit. salah tu.. Nak kurus pun jangan la sampai tak makan. hilang nikmat hidup dunia! ish3
 
Ingat lagi tak masa sekolah dulu ada belajar pasal pyramid makanan? dah lupa?? takpe, tengok gambar di bawah okey?!
 
Image result for piramid makanan
 
secara umumnya, tubuh kita memerlukan lebih banyak karbohidrat daripada kumpulan-kumpulan makanan yang lain. Karbohidrat ni makanan seperti nasi, bijirin,gandum, roti. bila makan kan korang akan rasa kenyang kan? memang fungsi karbo ni untuk memberikan tenaga untuk tubuh badan kita.
 
Tetapi, untuk pengamal atkins, mereka mengurangkan karbohidrat dalam diet harian mereka. untuk fasa pertama, karbohidrat adalah tidak dibenarkan sama sekali! say no to nasi!
 
"Habistu macam mana kalau tak makan? matilanakk"
 
sabar..sabar.. bukannya tak boleh makan. belum habis cerita lagi. pengamal diet atkins melebihkan protein dalam diet. maksudnya, korang boleh la makan ayam, daging, telur, sayur bayam, dan sebagainya.. cop!!cop!! bukan main bedal semua jenis masakan ye... ayam masak merah, ayam kicap, kari ayam TAK BOLEH!!
 
yes, tak boleh ye sayang. uols tak dibenarkan makan benda-benda manis, kekacang, kicap, air gas, kafein pun tak boleh. Harap maklum..
 
Nak sihat kan? jadinya, time ni la korang boleh praktik amalan hidup sihat. kurang minyak, garam, kan semua tu banyak kolestrol, garam pula boleh menyebabkan darah tinggi, gula penyebab kencing manis.
 
macam I cakap tadi, dekat group fb, korang boleh dapat macam-macam info termasuk resipi! banyak gila resipi menarik dan sedap. antaranya, bunga kubis masak ala-ala nasi goreng, sup ayam, telur dadar, ayam grill, banyak lagi lah yang divariasikan. serius menarik! yang tak diet pun,konfem terliur jugak tengok.
 
 Jangan risaulah, korang tak kan mati kebuluran.. no worries, be happy, lests kurus, lets cantik before raya! yeayy!!
 
yang paling penting, kena disiplin. jangan mulut je cakap nak cantik, tapi korang melantak tak ingat dunia.. huhu.. kalau nak kan sesuatu, mesilah usaha kan!
 
sebelum terlupa, bukan setakat jaga makan je tau. uols kena la rajin bersenam, workout. bukan terbongkang kuak lentang atas katil.. bukan ye anak-anak..
 
setiap hari, kalau rasa malas nak berjoging, malas buat outdoor activity, korang boleh buat lompat bintang dekat dalam bilik. plank, sit up, push up, lompat sikatak lompat pun boleh.. buat la apa pun yang korang nak, asalkan tak membahayakan diri anda dan orang sekeliling.
 
Good luck uols!! mmuah!
 

bajet-bajet macam ratu kebaya. kononnya lah
 
 

No comments:

Post a Comment

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...