Friday 12 May 2017

Diari : salahkah jadi perempuan independent?

aku memang seorang gadis yang suka berdikari. aku memang tak berapa suka nak susahkan orang lain untuk bantu aku dalam hal remeh-temeh. kalau melibatkan hal berat, memang lah aku akan minta tolong. Berdikari dekat sini bukanlah bermaksud aku langsung tak perlukan orang lain dalam hidup aku.
 
Pada aku, berdikari ni more kepada benda yang baik. contohnya, berdikari untuk drive seorang diri ke mana sahaja destinasi, berjalan seorang diri di tempat public, mampu untuk menyiapkan tugasan sendiri, and so on.
 
Nampak simple kan, tapi sebenarnya ramai perempuan dekat luar sana tak mampu untuk melakukan perkara-perkara dengan sendiri. bukan semua perempuan mampu memandu kereta walaupun hanya ke kedai runcit yang jarak hanya 1km dari rumah. masa zaman I study pun, ada je classmate yang kena pergi ke kelas berteman, tak boleh pergi sorang-sorang even dah terlambat nak ke kelas sekalipun. tu belum masuk lagi bab beli makanan pun nak kena berteman sampai tiga empat orang.
 
macam pengalaman roommate aku sendiri, dia kemana-mana pun mesti sepupu dia akan ikut. bukan roommate aku tu yang tak boleh berdikari, masalah sepupu dia tu, yang apa pun mesti kena buat sama-sama. basuh baju sama-sama, buat asigment sama-sama. sampai tahap, kalau si roommate aku ni tak bergerak, sepupu dia tu pun tak bergerak la kisahnya.. tu belum masuk bab buat kerja. semua benda nak kena disuruh. kena bagitahu detail, barula dia buat.. hmm..
 
Bukan tu saja, ada juga jenis perempuan yang kena sentiasa berkepit dengan lelaki. potong kuku pun si lelaki yang kena potongkan. huuu!! sweet sangat.
 
actually I masa zaman sekolah dulu pun jenis yang sentiasa harapkan orang. sampaikan kerja sekolah seni pun I mintak tolong kakak I buat. nak bercakap dengan cashier bookstore pun I malu.. tapi tu semua dulu. bila dah masuk ipt, duduk jauh dengan family, I dah pandai berdikari sendiri.. mana tak Nye, I kena balik sorang-sorang dari Melaka ke penang! sejak dari tu la I mula keluar daripada kepompong kebergantungan hidup dekat orang.
 
zaman kolej I tak macam gegadis lain, yang bila lapar sentiasa ada boyfriend belikan makanan. bila sakit je boyfriend belikan ubat, outing je mesti bf ambil, tunggu depan pagar. seriously I langsung tak ada pengalaman benda tu semua. itu yang buatkan I lebih tabah hidup di perantauan seorang diri kot.
 
ada je suara-suara sumbang yang Tanya, but I think it more to perli, sebab memang dari awal dia cuba nak ganti tempat bf I, so dekat sini he use this point to show that he better than mybf tu..
 
"bf u tak hantar makanan?u gastrik kan.kalau I jadi bf u, sekarang jugak I pergi sana pastikan u makan"
 
macam annoying. kalau kau rasa kau bagus, kenapa tak buat je? ni setakat sembang je lebih. semua orang pun boleh~ **ngomelku dalam hati
 
sampai la sekarang, I dah habis study, dah kerja dan ada la buat bisnes kecik-kecik.. and then, entah dating dari planet mana, ada mamat ni cakap
 
"u tak letih ke buat semua benda sorang diri? u kena belajar buat benda bersama-sama, kita buat sama-sama"
 
dia ada la offer untuk terlibat dalam bisnes I, katanya kalau buat sama-sama lagi cepat mendatangkan hasil. macam-macam juga yang dia suggest untuk berkolaberasi bersama. and guess what, satu pun tak pernah Nampak usahanya. macambiasa, setakat cakap je tak guna beb! words without actions is nothing to me.
 
persoalannye kan, kenapa tiba-tiba je muncul nak tolong masa bisnes I tengah stabil. kenapa tak dari mula? setelah bersusah payah dengan usaha sendiri, tiba-tiba baru muncul orang nak ajak lakukan kerja secara bersama-sama dengan alasan bukan semua benda boleh buat sorang diri. wth??
 
I boleh terima if he offer me untuk new project, new business. yes, memang I akan berminat. ni tetiba nak masuk campur dalam urusan yang setelah sekian lama I usaha sendiri? come on la!
 
tak ada istilah risaukan I jadi femenisme bagai tu. disebalik I, ada lelaki-lelaki yang membantu, yang bagi sokongan, bagi semangat. cuma lelaki tu bukan you je kot, sorry! =p
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...