Saturday 8 July 2017

Raya 2017

Assalamualaikum 😊

Lama juga tak update blog sejak bulan puasa. memang agak busy sebaik sahaja bermula 1 Ramadhan,  banyak tempahan baju melayu baby, sampai tak menang tangan dibuatnya. Alhamdulillah rezeki untuk tahun ini. 

Alhamdulillah raya tahun ni masih berpeluang sambut dengan seisi keluarga. walaupun my sis balik pada raya kedua. Actualy memang setiap kali raya, raya kedua baru kami dapat berkumpul semua keluarga. walau macam mana pun, masih tetap meriah. 

waktu berkumpul dengan keluarga, saudara mara, rakan-rakan adalah moment yang paling indah. memang satu detik yang menjadi kenangan yang pastinya akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila! I memang suka bonding time terutamanya dengan keluarga. sama-sama berkumpul, makan-makan, berkongsi cerita, gelak tawa. 

yang tak bestnya, year by year seorang demi seorang meninggalkan kita. Raya kali ni I mula sedar, setiap saat tu sangat  bermakna. Jadi, jangan sia-siakan selagi ada masa bersama, gunakan sebaik-baiknya.! 

Masa terlalu pantas berlalu, yang kecil semakin meningkat remaja, yang remaja kian dewasa, dewasa kian meningkat usia. 

Semoga kita semua panjang umur dan dapat berkumpul bersama-sama pada Ramadhan dan Aidilfitri akan datang.
Salam Aidilfitri maaf zahir & batin

No comments:

Post a Comment

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...