Monday 14 May 2018

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss..

Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, saya dah survey terlebih dahulu kelebihan antara Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Seperti biasa, percutian kali ini pun hanya saya berdua dengan Yasmin, iaitu the one and only kawan baik yang saya ada.

Percutian kali ni tak dirancang lama, sambil-sambil shopping di AEON Mall, tiba-tiba je timbul idea untuk ke pulau. masa tu juga kami berdua cari pakej-pakej mengikut bajet di laman Facebook secara random!

Kami tertarik dengan Pakej yang ditawarkan oleh Agensi Kuala Besut Travel yang berharga RM270/pax untuk 2 hari 1 malam. Antara yang ditawarkan ialah,

  • Bot pergi dan balik dari Jetty Kuala Besut
  • Penginapan di Tropicana Inn
  • Island hopping & snorkeling 5 point - choral, nemo, turtle, shark point & lata air berani
  • Hiking Kincir Angin

*make sure selalu update dengan agent, minta dan Tanya semua details untuk elak sebarang kesulitan

Memang dari dulu lagi kami berdua kalau travel jauh-jauh suka naik bas. senang kan, boleh rehat. Jadinya, kami bertolak dari stesen bas Kulim pada jam 10.30 malam, Jumaat. Untuk yang bercadang menaiki bas, saya cadangkan anda rancang perjalanan sebaiknya. Kami tiba di stesen bas Kuala Besut pada jam 6.15 pagi. Jarak antara Jetty dan stesen bas takde la jauh mana, tapi berpeluh-peluh juga la kalau jalan kaki. jadinya, kami ambil grab. tak sampai 5 minit pun.

Kemudian, kami solat Subuh di Surau berhadapan Jetty Kuala Besut. selesai bersihkan diri, kami terus ke office Agensi Kuala Besut Travel untuk selesaikan bayaran. Jangan lupa untuk minta resit! Kesilapan kami waktu tu terus iyekan aje bila agent cakap "tak bagi resit lah ye" kebetulan saya memang kurang faham dialek Kelantan.

Sementara menunggu bot pada jam 9, kami singgah makan di warung-warung berhampiran. masa tu belum banyak yang buka. Menu pertama saya setibanya di Kuala Besut ialah Nasi Kerabu, harga nasi kerabu di situ agak mahal berbanding tempat lain dan rasanya tidaklah begitu wow. Kami berdua sempat membeli topi berharga RM 10.

Jam 9 Pagi, orang semakin ramai berkumpul di hadapan Jetty. kami perlu membayar RM5 untuk tiket untuk water marine. kami menaiki bot mengikut pakej-pakej yang diambil. Perjalan dari Jetty Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa kurang 30 minit (maaf saya tertidur)
 
Setibanya di Jetty Pulau Perhentian, masing-masing teruja dengan kecantikan air laut yang sungguh jernih, berwarna hijau, boleh Nampak ikan-ikan kecil berenang dalam air. Sungguh kagum melihat indahnya ciptaan Allah! Masuk je kawasan pulau, maaf tiada coverage untuk line Maxis. Pengguna Maxis boleh bercuti sepuas-puanya ye. Lupakan sebentar urusan kerja.
 
Bermulanya misi kami berdua mencari tempat berteduh. disebabkan banyak sangat chalet dekat kawasan tu, kami pun dah tergaru kepala mencari Tropicana Inn. Nasib baik ada group lelaki yang sama bot dengan kami sudi tunjukkan jalan. padahal diaorang pun tak tahu :p
 
Untuk ke Chalet, kami perlu menyelusuri lading getah. Jalannya agak menaik, boleh feeling hiking. dua tiga kali juga la kami berhenti sebelum sampai di chalet. tapi sebenarnya chalet kami terletak di kawasan yang agak strategic iaitu di tengah-tengah pulau. jadi, tak susah untuk kami ke Jetty dan Long Beach. walaupun pada mulanya masing-masing merungut tersalah pilih chalet! haha
 
Setibanya di kaunter receptionist, malangnya kami disambut dengan muka yang agak kelat. padahal jam baru saja menunjukkan jam 10 pagi. letih sangat ke? :p
Kami diminta untuk membayar wang deposit kunci. Bukan saya je yang terkejut, pelancong lain pun masing-masing dah terlopong mulut. "kena bayar apa pula ni? bukan dah settle dengan agensi?" Kami langsung tidak dimaklumkan oleh pihak agensi. ditambah pula receptionist muka kelat yang minta deposit semacam minta hutang! LOL
 
Saya cuba call agensi untuk Tanya berkaitan bayaran, dia pula Tanya,"deposit gapo?" mak aii.. menyirapnya rasa. dekat sini dah Nampak both agensi and pihak chalet tak connected, sepatutnya benda ni inform awal-awal supaya customer mudah check in. receptionis pun, instead buat muka kelat macam minta hutang, lebih baik explain slow talk with customer. bukan kami tak nak bayar.
 
Salah sorang staff I guess owner chalet (maybe) this old man yang buat I betul-betul menyirap. when he started tinggikan suara "Resit pun tak ada nak check in apa. kalau dah bayar ada resit!" omg! ni dah menguji tahap kesabaran saya. walhal dengan customer lain (1 family takde pun nak sound) mungkin tengok kami berdua perempuan, nak bully? no way man!
 
saya pun mula bersuara, "macam ni ke layan customer, memang servis macam ni?" sekali lagi dia naikkan suara. oh shit. this old man. sambil saya cuba call agensi banyak kali, tak berjawab. that old man masih membebel-bebel. cuba cakap dia tak bersalah. then I told him im not blame him. and its not my fault too! then he said, kalau macam tu tak apa. cehh Nampak sangat la tak nak orang salahkan dia. still im your customer deyy.. cakap elok-elok orang boleh faham.
 
Penat bertikam lidah. last-last agensi call saya, dan saya minta dia bercakap sendiri dengan receptionist. memang deposit tu tak termasuk dalam pakej. still, kenapa tak inform awal-awal? lepas dapat kunci, I said sorry. that old man masih ego. tak pandang I dah. so rude.
 
*Girls, yang nak bercuti tu, pertahankan je hak korang k.. selagi korang betul. jangan biar diri dibuli.
 
So far bilik semua ok, selesa. ada pilihan aircond atau kipas. kami ambil bilik dua katil berkipas. malam-malam sejuk oi! dan banyak nyamuk juga. sila bawa ubat nyamuk ya! cuma yang spoil tu receptionist si muka kelat.. servis out! masa check in je, masa check out everthing okay, staff dia explain apa yang jadi and im not the only one yang complain! see.. saya marah bersebab. bukan membabi buta.
 
Still, bilik semua okay, mungkin kena deal betul-betul dengan agensi. barulah tak timbul masalah macam ni. agensi pun please alert dan bertanggungjawab. update dengan pihak penginapan.
 
 
Bersambung 
 
 
 
 
 

Wednesday 10 January 2018

Derma darah boleh gemuk

Korang pernah derma darah tak? atau pernah tak rasa teringin nak derma darah? Biasanya kempen derma darah diadakan di Universiti, Mall, Jabatan kerajaan yang tumpuan umum, tempat-tempat kerja, dan ofcoz la dekat hospital 😃
 
Dulu masa zaman belajar, tiga kali cuba nak derma darah. tapi tak dapat. Bukan semua orang tau dapat merasai peluang derma darah ni. sebelum nak derma tu, dorang akan check kesihatan, timbang berat, check darah cukup ke tak, pastu kena isi borang(ni step pertama) yang boleh tahan banyak soalan dia.
 
memula kan isi borang, dalam tu dia Tanya tujuan korang derma darah, ada sakit apa-apa tak, ada consume ubat tak dalam masa terdekat, ada bertukar-tukar pasangan atau tak dan banyak lagi... sampai I pun tak ingat dah.
 
Lepas dah isi borang tu, korang akan disuruh untuk timbang berat. berat minimum 45Kg, disebabkan sebelum ni I direject untuk derma darah, dalam masa seminggu, memang I makan banyak-banyak. haha.. see, betul la kan, derma darah badan naik!
 
Ok, dah pass timbang berat, lepastu kena check darah. dorang akan cucuk jari korang guna jarum yang macam pen tu. since ni first time I ambil darah, ni part paling nervous dan sakit! serius sakit weh. tak tipu. more kepada terkejut gitu. huishh.. (jangan uols cancel pulak niat nak derma darah) sakit biasa-biasa je.. I yang manja sangat kot. tapi memang sakit..
 
Encik tu cakap darah I semua cantik, platlet semua ok. Oh i darah O+ katanya memang elok untuk derma. Dah pass bahagian tu, kena check tekanan darah, masa mula-mula tu darah I rendah. padahal baru je lepas berlari-lari dipersisiran pantai.  masa tu i dah macam patah hati.. yela, beria tambah berat semata-mata derma darah ni. kali kedua, tekanan darah i okay, lepastu akak tu Tanya-Tanya soalan dalam borang tu. semuanya i jawab dengan konfiden. sampai la part soalan pasal hubungan *** i jadi krikkk-krikkk..
 
"Ada bertukar-tukar pasangan tak?" -err.. err.. belum kahwin lagi kak.
"Pasangan adik ada melakukan hubungan dengan orang lain tak" -err..err.. tak pasti. tak kot. entah
 
speechless i tau, tak tau nak jawab apa. adoii..
 
lepastu dah settle semua tu, korang akan dapat sijil derma darah. bukan sijil macam transkrip diploma tu tau.. sijil kelahiran pun bukan. ala, dia macam buku kecik, dalam tu akan ada cop setiap kali korang derma darah. history korang derma darah macam tu la.. itu yang menentukan untuk korang dapat ganjarannya  nanti. Kena simpan elok-elok tau.
 
 
Makanya, bermulalah sesi derma darah! korang akan diminta untuk baring dekat kerusi yang disediakan, siap selimut lagi tau. ohya, sebelum derma darah, pastikan makan terlebih dahulu, tidur kena cukup, dan sihat.
 
Nurse akan Tanya korang nak kena cucuk tangan kiri ke kanan, i prefer kiri, sebabi banyak guna tangan kanan. lepas nurse jumpa urat, jarum pun dimasukkan, tak sakit pun. biasa-biasa je.. Sepanjang nak tunggu darah penuh, korang akan diberikan satu bola bentuk hati, kena pusing slowly benda tu untuk bagi darah berjalan lancer. Disebabkan darah i pekat, nurse kena tolong pegang bag darah tu.. sampai siap. Lepas dah habis tu, korang kena rehat dulu dekat kerusi tu. tak boleh bangun terus tau.. nurse cakap takut pengsan/pitam tambah-tambah yang baru pertama kali menderma.
 
Dah habis tu, korang akan dapat goodies bag. dalam tu ada makanan, air, cenderamata, depends la apa yang dorang nak bagi..
 
sambil derma tu, i Tanya nurse, betul ke derma darah ni boleh gemuk?
 
jawapan : sebenarnya derma darah ni membakar kalori. boleh kurus! tapi, lepas derma darah, kita akan rasa lapar. dahtu, tak kawal makan, itu yang berat naik. bergantung pada diri sendiri je sebenarnya.
 
antara kelebihan derma darah
 
 
1- Dapat check kesihatan secara percuma
2- membakar kalori
3- kurangkan risiko sakit jantung
4- kurangkan risiko kanser
5- tukar darah yang lama dengan darah yang baru
6- peredaran darah lebih lancer
7- Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan dan wad kelas 2 dan 1 di hospital kerajaan *syarat-syarat ada di sijil derma darah*
8- Beroleh ganjaran pahala, Insyaallah
 
Kesimpulannya, Jom derma darah! dengan usaha kecil ni, mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain, kecil bagi kita, tapi besar nilainya untuk si penerima :)
 


Sunday 30 July 2017

Hiruscar berkesan untuk hilangkan parut

Hi semua :)

entry yang lepas i ada bagitahu yang kulit i ni memang super duper sensitif dan i ada masalah alergik. selain tu, kulit i juga jenis yang mudah kering. walaupun dah amalkan minum air masak bergelen-gelen, makan sayur-sayuran, buahan-buahan, still kulit i kering. plus faktor cuaca yang tak menentu. sekarang kan jarang-jarang hujan. Dalam rumah, ofis, ber-aircond, keluar rumah je, kena panas. mana nye kulit tak terkejut.. 

okay, bila skin kering, permukaan tu nampak kasar kan, bersisik macam tu.. then tangan i ni sejenis yang tak boleh duduk diam, mesti nak usik-usik area mengelupas tu! cabut-cabut kulit mengelupas tu... at the end tinggalkan kesan parut.. tahu aje lah parut ni bukan senang nak hilang.  In fact, kulit sensitif ni, even kalau terkena kuku sikit pun dah tinggalkan parut, lebam macam tu. 

Kebetulan lalu dekat newsfeed facebook, viral pasal sorang gadis ni, berjaya hilangkan masalah kulit. salah satu produk yang dia pakai adalah hiruscar. dalam banyak-banyak produk yang dia suggest, i paling tertarik dengan Hiruscar sebab right now memang i ada scar problem, acne dah macam takde je.. so i decide ajak mama pergi watson. misi mencari hiruscar bermulaaaa !!

sampai je watson, mata i tak duduk diam, merenung setiap penjuru... ala-ala detektif konon.. haha! 
then i jumpa pun dengan sikecil molek hiruscar, tinggal sekotak je??? nasib baik... fuhh... ke penghabisan stock? gulp! 
tengok expired date, lambat lagi... i pun tak fikir banyak, ambik je. bawak g kaunter. 
Then encik blusher pink tu tanya i, "kenapa tak ambil T3? tu paling latest, lagi bagus kesannya." 
"Tapi... harga mahal sikit lah."

i pun tanpa ragu-ragu, keputusan muktamad, nak jugak hiruscar! degil yakmat..
encik tu pun tak cakap apa dah.. haha
maka, pulanglah daku dengan perasan penuh teruja. 

malam pun menjelma, sebelum tidur, lepas basuh muka, i pun pakai la krim ni.. bau dia tak best! macam krim ubat.. huhu

oh ya, kalau siang pun i pakai.. just sapu nipis-nipis, then pakai foundation.. yang bagusnya benda ni, sebab tak melekik.. which is rasa ringan je, macam tak pakai apa-apa.

kebanyakan review i baca kesan dalam masa 2weeks-3months. bergantung pada masalah parut tu..
so far, i pakai tak sampai seminggu pun, dah elok weh!! macam mana i tau? sebab, masa pergi spa, sis tu belek-belek muka i, that time dia promote untuk buat facial. sambil belek-belak masalah kulit wajah i ni, i cakap la, i ada masalah whitehead kat hidung, kulit kering & banyak parut.. sambil-sambil dia angguk2 geleng2, dia cakap, "muka u takde parut pun" 

see... kan dah cakap..
jadi, kepada sesiapa yang ada masalah parut tu, cubalah produk hiruscar, boleh pakai untuk whole body juga... harga below Rm20 which is affordable 😊 the most important, this product berkesan for my skin! yeayy 


update * sedang cuba produk cosmoderm tea tree oil anti blemish xpress. harap berkesan

Saturday 8 July 2017

Raya 2017

Assalamualaikum 😊

Lama juga tak update blog sejak bulan puasa. memang agak busy sebaik sahaja bermula 1 Ramadhan,  banyak tempahan baju melayu baby, sampai tak menang tangan dibuatnya. Alhamdulillah rezeki untuk tahun ini. 

Alhamdulillah raya tahun ni masih berpeluang sambut dengan seisi keluarga. walaupun my sis balik pada raya kedua. Actualy memang setiap kali raya, raya kedua baru kami dapat berkumpul semua keluarga. walau macam mana pun, masih tetap meriah. 

waktu berkumpul dengan keluarga, saudara mara, rakan-rakan adalah moment yang paling indah. memang satu detik yang menjadi kenangan yang pastinya akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila! I memang suka bonding time terutamanya dengan keluarga. sama-sama berkumpul, makan-makan, berkongsi cerita, gelak tawa. 

yang tak bestnya, year by year seorang demi seorang meninggalkan kita. Raya kali ni I mula sedar, setiap saat tu sangat  bermakna. Jadi, jangan sia-siakan selagi ada masa bersama, gunakan sebaik-baiknya.! 

Masa terlalu pantas berlalu, yang kecil semakin meningkat remaja, yang remaja kian dewasa, dewasa kian meningkat usia. 

Semoga kita semua panjang umur dan dapat berkumpul bersama-sama pada Ramadhan dan Aidilfitri akan datang.
Salam Aidilfitri maaf zahir & batin

Monday 5 June 2017

why i admire vivy yusof

Vivy Yusof, nama yang sangat gah dalam industri Fashion, pengasas FashionValet dan The Duck Group.

Reason why i like her is because, she sooo gorgeous, young mummy, intelligent, smart, berjaya dalam bisnes. and, graduated from law school.
ohhoo... i pun daripada bidang yang sama, law student yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan fashion. thats why i kagum sangat dengan vivy. hope one day i pun berjaya macam dia!

I sejenis orang yang susah nak kagum dengan orang. bukan dengki ke apa. memang sejenis i seorang yang bukan kagum melulu. tengok artis cantik putih gebu, terus idol.. no no...
i pun bukan serajin mana pun nak stalk insta artis-artis yang ada. tapi guess what, hari-hari i stalk instagram vivy. baca her blog too! yup.

Bukan saja cantik, sweet and she smart too. And of coz la i lebih suka sebab dia pun student law. haha.. actuly, sesiapa pun yang ambil law, menceburi bidang bisnes, memang i proud samgat. tak kisah la well known ke tak. entah la kenapa, tapi that feeling tu macam "wowwww"

Selain Vivy Yusof, Neelofa pun i suka!

lalala..

semoga suatu hari nanti i pun berjaya macam mereka.
amin :) 

Tuesday 16 May 2017

Bagus tak foundation okaya

Lately entah kenapa i suka sangat tukar-tukar foundation. Mungkin selagi belum jumpa foundation yang betul betul best and sesuai dengan kulit, selagi tu la i asyik try and error. 

Baru-baru dekat Facebook, mua bellaz jadi viral. siap masuk surat khabar lagi! i pun di antara viewer yang selalu tengok dia punya live make up tutorial. kalau uols perasan la kan, sis Bellaz ni selalu guna foundation okaya. 

disebabkan terpengaruh dengan kejelitaan mua Bellaz, skin dia serius feloles gila! i pun berhasrat nak cuba okaya ni. kebetulan foundation i pun tinggal sikit je lagi... i beli dekat insta, harga Rm 79 inc pos. Punya excited i tunggu. taksabar nak cuba foundation baru! i beli hari isnin, tengok-tengok esok tu posmen dah hon depan rumah. 

maka dengan rakusnya, i koyak parcel tu. taksabar nak tengok isinya. kotak comel gila, warna light blue+pink 
then, foundation ni serius wangi gila! 

tapi pendapat i, i lebih suka foundation supra kryolan sebab supra lebih membantu untuk menutup parut-parut dekat kulit i. lagipun okaya ni ada satu warna je. lebih sesuai untuk orang berkulit cerah.. bila i pakai, muka i tak nampak natural pun. iols ni kulit melayu je di tambah pula dengan kesan-kesan sunburn sebab suka berjemur tengah panas.

haa lagi, sebelum apply okaya, make sure uols dah pakai pelembab, sebab mua bellaz tu pun selalu blend okaya dengan argan oil. i pernah cuba pakai foundation ni tanpa pakai pelembab, tak tahu la nak cakap macam mana kesannya 😛 so, agak tak sesuai dengan orang yang pemalas macam i. lagipun mungkin tak sesuai sebab skin i memang jenis kering. so, bukan salah this foundation ya. kulit i yang mengada. please take note! 

itu saja review untuk foundation ni... 
selamat mencuba





Sunday 14 May 2017

Masalah slipped disc (part 1)

Seingat i, i ada rasa sakit-sakit bahagian lower back sejak dari lepas SPM. sebelum masuk kolej lagi. Rasa tak selesa dekat bahagian tulang belakang, lenguh, berdenyut, langsung tak selesa. Masa ni tak tahu lagi pasal slipped disc. cuma ingat lenguh-lenguh biasa jela, sebab salah tidur @ terlebih tidur (budak baru habis sekolah la katakan) 

Bila lenguh je minta tolong mama urutkan. memang rasa lega. tapi sekejap je. lepastu rasa sakit lagi.. aampai mama pun dah tak larat asyik nak kena urut. Then one day tu masa jalan-jalan dekat mall. perda city mall (sekarang mall tu dah takde) terjumpa satu pusat rawatan Islam, then i pergi urut dekat situ. masa mula-mula dia pegang bahagian belakang badan, dia tanya pernah jatuh ke? sebab tulang i lain macam sikit.. memang i pernah jatuh masa sekolah rendah dulu. jatuh kereta, terguling-guling dekat jalan berbukit uolss! jauh jugak tu.. salah i sebab tak tutup pintu rapat. hmm.. budak lagi,  mana la nak tau apa.

tukang urut tu suggest untuk buat bekam. dia cerita la serba sikit tentang manfaat bekam sunah. sebab i belum pernah berbekam lagi sebelum tu.. atlast i pun setuju nak cuba rawatan bekam. dah tak ingat berapa cup, tapi masa part belakang badan tu, takde darah keluar pun. cuma wap2 camtu je. Lepastu buat bahagian kaki pulak... part ni banyak gila darah keluar !! sampai kena ulang 8kali, dekat tempat sama.. that time i cuma fikir habisla darah aku 😭 padahal dia cuma keluarkan darah kotor je.. drama sangat i masa tu. haha.. first time katakan..

Pengalaman bekam, not bad la. tak sakit pun. mula-mula dia guna pen jarum untuk cucuk dekat kulit, kalau tak, camne darah nak keluar.. serius tak sakit. i tak sedar pun bila masa kena cucuk tu.. tengok2 dah pam cup tu dekat badan.. pastu cup tu dia sedut bahagian kulit, jadi tegang la kan. if area tu bermasalah, baru darah keluar, ada la rasa berdenyut sikit. kalau elok, darah tak keluar pun. jangan risau 😊
Lepas buat bekam dan berurut tu, tulang belakang i masih rasa sakit. kesakitan tu berlarutan sampai la i dah masuk kolej pun. masa ni tersangat seksa.. i memang tak boleh fokus dalam kelas. sejam pertama je i boleh tahan. lepastu mula la i terpusing kiri kanan.. classmate i Biha, bila dia nampak je i dah duduk tak diam, dia tolong urut lembut dekat belakang i tu.. rasa la lega sikit. lepastu macam biasa sakit tu datang balik.. mula dari situ la i belajar letupkan tulang, sampai jadi habit bunyikan tulang krukkk krukkk tu. bila dah letup, baru rasa lega.. buat sementara waktu je. pastu ulang lagi step yang sama... sampai la sekarang tabiat tu tak boleh dihilangkan. 

still, i ingat tu sakit lenguh biasa-biasa je... sampai la sem 2 i rapat dengan budak nursing. roomate i masa tu, Fazlina. dia pun selalu tolong i urut badan. sedap gila weh dia urut. habis rasa letih-letih badan. rasa fresh je lepas dia urut tu.. bertuah siapa jadi husband dia nanti 😆
oh ya, masa dia urut i tu, dia pun ada tegur tulang i rasa semacam. tak macam tulang orang lain.. aku ni alien ke apa? dah tak sama macam orang lain 😱 dia kan nursing, so dah biasa la dengan badan-badan orang. tapi dia takde pulak sebut pasal slipped disc or masalah tulang.. tu yang i tak terfikir langsung tu.. 

Dah masuk sem 4, barula i pergi jumpa doktor yang bertauliah.. doktor tu suggest buat MRI. tu i kena pergi hospital, sebab klinik dia mana ada benda macam tu.. doktor tu bagi i krim sapu.. dia suruh sapu dekat tempat sakit. memang hilang ngilu-ngilu tu semua. krim tu macam ubat kebas la rasanye.. tak lama lepastu rasa sakit balik macam biasa.

sepanjang i kat kolej, kawan-kawan i la yang selalu jadi mangsa, tapi bersyukur sangat sebab dorang memahami. kalau tak, memamg terseksa la jiwa raga i. serius tak tipu. sakit gila. bercampur pulak dengan senggugut, mak aiii... memang tak pergi kelas la jawabnya. sampai lecturer pun dah faham. 

tapi Alhamdulillah la, walaupun sakit, tak fokus dalam kelas, results i setiap sem masih ok.. dapat jugak bawak balik sijil dekan tunjuk kat mama abah. hee.. 

so, kepada yang sihat sejahtera tu, takde alasan untuk korang skip kelas, fokus dalam kelas and dapatkan pointer gempak-gempak.!

Percutian Bajet ke Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum.. Hi uolss.. Baru-baru ni saya berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian Kecil. Sebelum decide untuk ke Pulau Perhentian, ...